Monday, August 5, 2013

RAMADHAN & SYAWAL

Assalammualaikum.. i just want to say hey ho..and to all muslims around the globe,.

Happy Iftar everybody..it just left few days aren't they?.. ;)  May Allah grand us with barakah and more,. InsyaAllah..Me and my Family would like to apologize and would like to wish Happy Eid to all muslims around the world, in advance..  :)




xoxo,

Eyda Turaya :)


Saturday, March 23, 2013

Sem break!! Jyeaahhhh...



Assalammualaikum dear all,. ;)


masih jugak aku meniup2 debu2 di blog ni! hahaha baru ada kesempatan membebel
and buat senaman jari! setelah sekian kurun purnama membisu! :P


jam berganti jam, hari bertukar hari, purnama bertukar purnama, dan hampir semua benda bertukar, (this time, charger leppy maintain!)aku masih pula masih kekal dengan perasaan yang sama, MASIH BERJUANG UNTUK BELAJAR!


aku memang rasa susah mahu kembalikan semangat berkobar2 seperti kali pertama masuk belajar dulu! sekarang ni pun tengah duduk diam2 di Saribonda sambil tengok2 pekerja yang selalu layan kehendak aku, (milo ais! no gula! no susu! kaw2!) ;)

semester ni, betul2 menguji, walaupun aku gembira sebab dapat beli buku (BB1M)yang aku memang sudah lama peek, (seni memanik??) hahaha tapi, masih ada yang kurang! semoga Allah cukupkan apa yang kurang tu~ amin.. :)

owh sekadar share perasaan gembira~ just receive a box from ZALORA!!!! AaaHHHH hahaha teriak biar sakan macam dalam iklan! its a purple steve madden shoe!! guess what?? ya dari cik MAGS! this is awsome!! hahaha thx yam.. :)rajin betul cik MAGS ni buat suprise2! hobby kah?..before kasut ni, tudung dari Al Humairah..rolling and jumping!! Thank you MAGS...hehehe :D

okay! disebabkan sangat panas ketika aku tengah membebel ni, aku buat order baru lagi dengan budak2 Saribonda ni, ABC kurang manis??..hemmmm start habis kelas benchmarking tadi, secara rasminya mid sem break pun sudah bermula! Jyeahhhhh..assignment banyak!! :(

kawan2 aku yang lain semua sudah berholiday, even sebelum waktunya! hahaha sungguh bersemangat mereka! sepatutnya aku pun berholiday ke Brunei, akan tetapi dibatalkan saat2 akhir..hari berholiday telah ditukar ke hari bekerja, dimana aku tidak dapat join kerana menghadiri kelas!! keciwa!! :/ mungkin ada hikmah..tak mengapa..Brunei can wait! ;)

orang yang lalu tepi meja keep looking at my BAGS! mesti diorang ingat aku ni sewel! sudahlah duduk sendiri, ketawa2 sendiri,siap membebel sendiri-sendiri!

aku sebenarnya membawa berbeg-beg, beg yang mengandungi bertan-tan matrix baju! hahaha cuba teka kenapa?

a) lari dari rumah
b) meniru aksi bangla menjual kain
c) holiday sendiri2
d) semua di atas!

sebenarnya..

akibat semangat nan membara untuk berjumpa cik Girl, dengan penuh semangat aku membawa semuanya ke kelas, dengan harapan selesai kelas boleh terus ke rumah cik MAGS di Likas, temankan cik Girl!!

yang terjadi..

'Habis Maghriblah,.sebab diaorang bawa si Girl balik kampung dulu' -_-"

maknanya..aku akan stay di Saribonda ni dulu, sebelum memikirkan cara untuk mengangkut semua bag2 ni balik ke rumah! hahaha and wait til maghrib! hahahaha (KUYAK)

                                 
ABC kurang manis dah sampai....
oleh itu, aku undurkan diri dahulu,.mahu enjoy my ABC!! see u all next time! ;)


Love you all,

Eyda Turaya.

Saturday, February 2, 2013

Fabulous February

Assalammualaikum,.

1.Feb.2013, pagi, yg indah,.rahmat Jumaat,.Alhamdulillah, sampai ketanganku sebuah bungkusan! cute package! Di dalamnya ada 1 benda warna purple! cuba teka apa? jeng jeng jeng,...hehe kimono! rolling n jumping2 lah diriku ini ketika menge'test' kimono kiut itu!tengok bungkusan, dr Al-Humaira Contemporary,.teka punya teka, ini perbuatan c yam!! hahaha tq yam! fev color ku lg! Sarung terus ke KK,.ceeewwaahhh :D

1.Feb.2013, ptg hari yg berbahagia jumaat, penghulu segala hari, sedang khusyuk memandang luar jendela kereta,.di pinggiran Kota Kinabalu,.anak mataku ini terpandang kelibat seekor kucing yg mencari rezkinya di suatu sudut jalan raya. kucing itu kelihatan kurang sempurna, kakinya 3! tergerak pula hati ni melihat dgn lebih dekat. tidak disangka, bukan setakat kakinya yg kurang sempurna, matanya, telinganya juga kurang sempurna,. :'(

Aku tekad bawa balik kucing yg aku namakan 'tiga' ni,.biarlah dia berkawan dgn bam bam, bibim, c pendok di rumah,.sekurang2nya makan n tidurnya terjaga,.bila aku bersendirian dgn kucing ni, aku dpt rasa ketakutanya dgn manusia. aku pun xbrani guess apa sbenarnya terjadi dengan kakinya yg lagi 1 tu, samada dipotong mcm si Herokah, eksidenkah, atau semulajadinya begitu,.Allah yg maha mengetahui,.:'(

Aku tidak dapat bayangkan, mcm mana sebelum ni si tiga ni berhadapan dgn dunia reality di luar sana. anjing, kereta, manusia! tidak termasuk dgn halangan semulajadi, hujan! cm mana dia survive!!:'(klu dia sakit?,.kucing bukan mcm manusia, dia sakit dia xpndai ckp,.klu pun dia mengiau, adakah yg mahu tolong?,.dgn statusnya lagi, 'kucing jalanan',.kesian si tiga! bukan shj si tiga, mana2 kucing di luar sana pun kesian! bayangkan kalau diri kita ni di tempat si tiga n kucing2 jalanan yg lain,.bayangkan,.

Sesampai si tiga ni, dia sedikit panik, sebab kawasan perumahan kami, asing dimatanya,.mungkin dia takut,.jadi kami mengumpan dia dgn makanan, akhirnya dia ok,. :') buat masa ni, aku letak dia dlm cage di bilikknu,.dia perlukan masa untuk beradaptasi dgn bam bam, bibim n pendok,.harap2 semuanya akan FABULOUS!!! insyallah :')

Apa2pun, Allah maha besar, sebegitu kejadian sitiga, dia masih mampu cari makan sendiri,.kuasa Allah, dia lihatkan kita, setiap makhluknya ada bahagian rezki masing2.




Tq Allah,.

Tuesday, January 29, 2013

The Beauty Of January

Hello & Assalammualaikum there,. :D


END OF JANUARY : Something new, something borrowed, and..something new. (Shopaholic Ties the Knot) yupp!, finally, just done with it! its been like forever it stay at my dustie desk and only this time i have the chances to 'staring' it from the cover till the last page! duhhhh~ 


EARLY JANUARY : I have this precious moment to spent with my bestie Mariam A.G.S (MAGS) who came home for holiday, and, another holiday,.Its been so long since the last time yam! hahaha & im sorry that i cant go to the kenduri arwah last year! hahaha still valid ka ni apologize? :D


NOW : Well its such a honor to accept all this stuff. hehe of course i love it so2 muchh! but i didnt expect to have it u know,. hahaha (evil laugh). this electric blue sugar scarf, the lovely stones from ausie, and this beautiful Jovian Mandagie that im wearing right now! im so RNJ (rolling n jumping) :D hehe


FEW YEARS BEFORE : I dont have the chance to say this, i love the poppy stuff! n i really2 want to say THANK YOU SO2 MUCH for that, for my suprise bday party at SR and everything,.okay, things go emo here.. :')


FEW WEEKS AGO : Helping Mags with packing for her another holiday at Indonesia, makes me felt like 'why the time is too short?' :-/ but magically, i dont cry as usual! hahahaha maybe i manage to think straight that time since the situations kinda chaos, 5 am,.airport just toooo cooollddd!


COMING FEW MONTHS : I CANT WAIT TO SEE YOU :')


SOON : Cant wait to see what she brought for me from Jakarta, Indonesia. Hehehe what will the scarf look like? wonderrr hehehe :D


Now & forever XOXO,


eyda turaya.

Tuesday, November 13, 2012

KAHWIN

Assalammualaikum,

hemm, sudah bulan November, maksudnya tinggal sebulan lagi persipan untuk majlis perkahwinan keluarga kami yang pertama. Alhamdulillah, atas restu Allah & ibu bapa kami, KAKAK ku akan menamatkan zaman bujangnya insyallah pada Dec ni. Majlis akan di adakan di rumah kampung, Beaufort. :')

Sangatlah aku excited dari beberapa bulan yang lalu! o.m.g!! hahaha adalah amat normal pada pendapat peribadiku, sekiranya kakak kita yang mahu kahwin, tapi kita yg 'terlabih sudah!' tambah2 lagi kami semua perempuan! hahaha well, actually dorg ni sudah mengikat tali pertunangan pada Hari Raya Aidilfitri (hari ke-3)yang lepas. :D

Bayangan yang komfem2 ada dikepala hotak aku, komfem pelamin! baju! kasut! mekap! haaaahhh kalu pempuan xfkir bgini, komfem!! sesuatu tu! hahaha alhamdulillah, kakak n bakal abang ipar aku mahukan majlis yang sesederhana yang boleh. Dorg mahu tema biru! insyallah ilmu ku, saudara2 ku akan digunapakai sepanjang majlis ni, entah apalah hasilnya nanti, aku sangat xsabar tunggu.. :)

Awal2 plan, aku bukan pengapit kakak ku. hahaha banyak tanggungjawab lain yg perlu dibuat nanti, muda2han Allah permudahkan segala setiap urusan sepanjang majlis ni nanti.Amin. Org ckp benda begini xbole cerita lebih2,.so, this will end here. hehehe

Aku dapat jugk undangan perkahwinan dari kawan2 lain, tapi minta maaflah, komfem tidak dapat datang, sebab harinya lebih kurang, komfem sibuk punya! Lagipun, on my 22nd birthday ni, aku mahu celeb ramai2 di kampung, bersama2 keluarga n org yg tersayang. Insyallah.. :)

Xsangka pula, kakak aku maw kahwin sudah,. apa2 pun, aku doakan semua orang yang kahwin semoga dapat restu Allah dan memperolehi keluarga yng sakinah, mawadah wa rahmah. amin ya rabb.

*ramai sahabat sudah menamatkan zaman bujang, i felt happy for all news that i've herd.

insyallah,.

eyda turaya.


Tuesday, October 16, 2012

Study

Salam ukuwah.

Setelah berkurun lama blog ni berhabuk bersarang labah2 n mcm2 sarang lagi yg ada, hari ni ak dengan jari jemari bergotong royong memecah sunyi.

Masuk sem ni,  mengikut congakkan yg 'tak seberape nak ade' ni, pengajian aku sudah masuk sem 7. percaya atau tidak, aku tiada perasaan apa2 dengan study aku. my close frens suma tahu betapa aku sudah rasa tawar2 ibarat air tidak bergula kalau bab2 study ni. aku pun macam xpercaya jak sudah masuk sem7! bertahan jugak aku sampai sem ni..charger leppy ku seja yg setiap sem bertukar!!

minat sudah lari, minda pun rasa mengatuk jak jumpa nota2! klu p campus, ya Allah, mcm2 perasaan! mcm xmaw p! ni alasan berbunga logik dikepala ku kalau sebut pasal study & campus!

*kelas jam 8 pagi - pura2 xdengar alarm! ambil selimut, tutup suma! pura2 terbangun jam 10! alamak~ terlajak tidur! kalau time period, senggugut!

*kelas jam 10 pagi - ala, c bam2 belum makan! belum masak! apa ni? lantai rumah kotor! (rajin kunu) tiba2 aku concern dengan tingkap n sliding door rumah yg bnyk cap jari tu!

*kelas jam 12 - panas ni! uv rays, not gud for skin!

*kelas jam 2 - alah xpayah la! tengok la tv sinetron tv3 tu, lg best! ngantuk!! tidur lg bgus!

*kelas jam 4 - lg bagus aku masak tuk mlm! kesian dorg bapa, nt teda mkan!

*kelas jam 5 - balik nnt terlampau lambat! magrib, owhhh bahaya2...sangat bahaya!

pun begitu, aku masih jugak mencari minat belajar! kesian jugk kan dgn 'boss'. semua anak2 mesti ada rasa mahu balas jasa ibu bapa, so do I! aku masih berjuang. aku harap, one day minat tu akan timbul semula sebelum pengajian ku tamat di Uni ni. terfikir juga, bila suda semakin besar nnt, xkan maw jadi 'bambongan yg berjaya' kn?

kepada anak2 yg di luar sana yg masih belajar walau terpaksa, saya amat memahami mu! hahahaha
i wish we will complete our study, and make daddy proud! ;) teruskan mencari semangat belajar! yeah! kpd kawan2 yg amat memahami ku, aku minta maaf sebb selalu minta tolg kamu sign attendance ku! hehe :D
sy berjanji, nnt sy rajinkan diri.

yg sangat memerlukan semangat belajar,

eyda turaya.

Tuesday, May 8, 2012

Community Services

Pada 22 April 2012 yang lalu, saya dan rakan- rakan Bayu Force telah melengkapkan salah satu subjek wajib setiap pelajar UNITAR iaitu Khidmat Masyarakat (UKD2031). Kami telahpun memilih golongan sasaran kami  iaitu seorang warga emas yang hilang tempat bergantung, Pn Nuala dari Kg Muhibbah, Kota Marudu.

Kami memulakan perjalanan ke Kg Muhibbah, Kota Marudu seawal jam 7 setengah pagi dari Kampus UNITAR Kota Kinabalu. Perjalanan pada pagi itu diiringi hujan lebat, petir, guruh dan sedikit kabus disesetengah tempat telah memaksa kami bergerak perlahan kerana keadaan permukaan jalan raya yang tidak berapa mengizinkan kami bergerak dalam kelajuan sepatutnya.Dari satu daerah ke daerah yang telah kami lewati dan beberapa persinggahan untuk mengisi minyak juga telah dilakukan beberapa kali, akhirnya pada jam 10.20 pagi, kami berjaya sampai ke destinasi yang ingin ditujui dengan selamat, iaitu di kediaman Pn Naula, di Kg Muhibbah, Kota Marudu. 

Setelah menjejakkan kaki ke kawasan rumah tempat Pn Nuala berlindung dari hujan dan panas ini, saya secara peribadi tersentuh tatkala melihat seorang wanita separuh abad tinggal bersendirian di rumah yang saya rasakan sedikit using dan agak semak dengan lalang yang panjang di sekitar kawasan tersebut.

Seorang demi seorang naik ke atas rumah Puan Nuala termasuk saya sendiri, bersalaman dengan beliau dan mengambil kesempatan untuk beramah mesra. Ternyata wanita tua yang saya gelar ‘ina’ (nenek) ini, merupakan seorang wanita yang agak peramah dan perihatin dengan kami, kerana asyik menyuruh kami untuk berhati- hati dengan tangga rumah nyang dirasakannya tidak selamat untuk kami gunakan terlalu lama. Saya akui komunikasi antara saya dan sebahagian rakan Bayu Force agak terhad terhadap ina/, kerana bait bicaranya yang menggunakan bahasa ibundanya iaitu bajau. Namun, senyuman dan kegirangan yang dipamerkan diwajahnya merupakan bahasa yang mudah sekali difahami oleh kami semua. Ina' kelihatran sangat senang hati dan gembira, atas kedatangan kami untuk membantunya.

Kami selanjutnya memulakan langkah untuk merealisasikan tujuan kami ke rumah ina'. Kami bersama-sama membersihkan kawasan rumah ina'. Sebahagian dari ahli Bayu Force (BF)berada di bawah bersama Sir Louis, membersihkan halaman dan kawasan sekitar rumah yang didiami ina' ini. Saya dan beberapa orang ahli BF, berada dalam kawasan rumah, mengemas barang- barang, membersihkan dinding, atap, lantai dan dapur. Saya akui agak sedih melihat keaadaan rumah tersebut yang berhabuk, bersawang dan mengalami sedikit kerosakan akibat dimakan anai-anai.

Ketika kami sibuk membersih dan mengemas barang-barang ina', hati kami tersentuh melihat sebuah kotak pembungkus mainan kanak- kanak perempuan. Kami sepakat untuk tidak membuang kotak tersebut dan meletakkanya semula ke tempat asal. Sebahagian masa silamnya mungkin ada pada kotak mainan itu, penuh nostalgia..siapakah pemilikya?

Kami meneruskan kerja-kerjamenyapu dan  membersih, sehinggalah selesai. Debu-debu dan sawangan telah kami hilangkan.  Tikar getah yang usang telah kami gantikan dengan yang baharu. Tempat menjemur kain yang selama ini hanya lintangan buluh juga telah kami gantikan dengan beberapa lintagan dawai dengan simpulan yang lebih selamat, teratur dan kukuh untuk kegunaan ina'. Lantai yang rosak dan bahaya dan usang telah diperbaiki dan diganti sendiri oleh Syed Ashraf (pengerusi), dibantu oleh saya dan beberapa orang sahabat BF sendiri. Dapur yang sempit dan sedikit kotor telah diubahsuai kedudukan barang-barangnya seperti meja, oleh sahabat BF yang lain, lantai dapur juga telah dialas tikar getah, dan dibersihkan agar ina' boleh memasak dengan lebih selesa. Tinjauan saya di sekitar dapur telah menarik minat saya terhadap beberapa jenis barang yang ina' gunakan adalah kreatif dan sebahagiannya  jauh melangkau usia.

Terasa penat bekerja dan lapar, kami silih berganti berehat untuk menikamti juadah makanan tengahari kami. Ada rakan-rakan BF berkesempatan untuk menjamu selera dengan ina' di kawasan verandah rumah tersebut. Sebahagian daripada ahli BF masih bertungkus lumus di dalam rumah, untuk menyiapkan set almarin yangingin kami hadiahkan kepada ina'.

Set almari yang kami hadiahkan kepada ina' pada awalnya mengalami masalah pemasangan. Pemasangan almari tersebut memerlukan proses tertentu dengan menggunakan kayu dan skru yang betul, bantuan daripada ramai pihak untuk memegang, mengasingkan skru dan juga memberikan pasangan papan yang sesuai perlu untuk menjayakannya. Namun, benarlah kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berkat kerjasama daripada ahli BF, akhirnya set almari yang dahulunya kayu-kayu terpisah telah siap disatuakn dan dipasang. Menyedari kerja kami hamper selesai, rasa sebak sudah mula meresap, namun saya gagahi dengan senyuman yang dipotretkan beberapa kali bersama ina, Sir Louis, dan ahli- ahli BF yang lain serta kain rentang aktiviti kami.

Pada akhir aktiviti, kami menyerahkan sedikit sumbangan berupa keperluan harian seperti beras, makanan dan sabun serta ubat-ubatan sampingan seperti ubat sapu, buat kegunaan ina', sepeninggalan kami nanti. Sebak rasanya, apabila seorang demi seoranng ahli BF beralaman dan meninggalkan ina' menuju ke bas mini yang kami parkirkan dibahu jalan berhadapan rumah ina'. Saya, Marsijan, Fazreen (setiausaha), dan Pengarah menemani ina' menaiki tangga sehingga ke verandah  rumah, diperhatikan oleh Sir Louis dari bawah. Salah satu anak tangga rumah ina' patah dan perlu diperbaiki, saya yang masih belum menuruni tangga terpaksa menunggu sehingga tangga siap dibaikpulih.

Saya berasa amat sedih pada ketika ini kerana teringatkan arwah nenek yang cara berpakaianya hampir sama seperti ina', apatah lagi ina' suda beberapa kali mengesat mukanya dengan kain sentiasa tersangkut dibahunya. Tangan saya sendiri sudah beberapakali diramasnya seolah-olah berasa amat sedih dengan keberankatan kami semua. Setelah tangga selesai dibaikpulih, sekali lagi saya berkesempatan untuk bersalaman, berpelukan dan memohon maaf kepada ina', kerana tersedar banyak dosa yang kami lakukan terhadap ina' hari itu. Kasihan ina', sudah beberapa kali ina' melatah disebabkan flash kamera dan usikan kami. Dari bahu jalan, kami semua melambai-lambai kepada ina'. Kelihatan dari jauh, ina' juga membalas lambaian kami, sayu.

Hujan renyai menemani perjalanan pulang kami ke Kota Kinabalu. Penat tidak terkata, namun hati puas kerana aktiviti kemasyarakatan yang kami lakukan ini berjaya seperti yang dirancang. Syukur ke hadrat Illahi, perjalanan pulang kami selamat, dikesempatan itu juga, kami sepakat untuk makan malam bersama-sama ahli BF, di KFC, 1Borneo, kerana ini merupakan makan malam kami semua yang pertama. Setelah selesai meluangkan masa sesame ahli BF, kami menamatkan aktiviti kami dan pulang ke rumah masing- masing dengan selamat.

Hati saya masih sayu teringat ina yang kami tinggalkan.  Apa khabar agaknya ina'?