Tuesday, November 13, 2012

KAHWIN

Assalammualaikum,

hemm, sudah bulan November, maksudnya tinggal sebulan lagi persipan untuk majlis perkahwinan keluarga kami yang pertama. Alhamdulillah, atas restu Allah & ibu bapa kami, KAKAK ku akan menamatkan zaman bujangnya insyallah pada Dec ni. Majlis akan di adakan di rumah kampung, Beaufort. :')

Sangatlah aku excited dari beberapa bulan yang lalu! o.m.g!! hahaha adalah amat normal pada pendapat peribadiku, sekiranya kakak kita yang mahu kahwin, tapi kita yg 'terlabih sudah!' tambah2 lagi kami semua perempuan! hahaha well, actually dorg ni sudah mengikat tali pertunangan pada Hari Raya Aidilfitri (hari ke-3)yang lepas. :D

Bayangan yang komfem2 ada dikepala hotak aku, komfem pelamin! baju! kasut! mekap! haaaahhh kalu pempuan xfkir bgini, komfem!! sesuatu tu! hahaha alhamdulillah, kakak n bakal abang ipar aku mahukan majlis yang sesederhana yang boleh. Dorg mahu tema biru! insyallah ilmu ku, saudara2 ku akan digunapakai sepanjang majlis ni, entah apalah hasilnya nanti, aku sangat xsabar tunggu.. :)

Awal2 plan, aku bukan pengapit kakak ku. hahaha banyak tanggungjawab lain yg perlu dibuat nanti, muda2han Allah permudahkan segala setiap urusan sepanjang majlis ni nanti.Amin. Org ckp benda begini xbole cerita lebih2,.so, this will end here. hehehe

Aku dapat jugk undangan perkahwinan dari kawan2 lain, tapi minta maaflah, komfem tidak dapat datang, sebab harinya lebih kurang, komfem sibuk punya! Lagipun, on my 22nd birthday ni, aku mahu celeb ramai2 di kampung, bersama2 keluarga n org yg tersayang. Insyallah.. :)

Xsangka pula, kakak aku maw kahwin sudah,. apa2 pun, aku doakan semua orang yang kahwin semoga dapat restu Allah dan memperolehi keluarga yng sakinah, mawadah wa rahmah. amin ya rabb.

*ramai sahabat sudah menamatkan zaman bujang, i felt happy for all news that i've herd.

insyallah,.

eyda turaya.


Tuesday, October 16, 2012

Study

Salam ukuwah.

Setelah berkurun lama blog ni berhabuk bersarang labah2 n mcm2 sarang lagi yg ada, hari ni ak dengan jari jemari bergotong royong memecah sunyi.

Masuk sem ni,  mengikut congakkan yg 'tak seberape nak ade' ni, pengajian aku sudah masuk sem 7. percaya atau tidak, aku tiada perasaan apa2 dengan study aku. my close frens suma tahu betapa aku sudah rasa tawar2 ibarat air tidak bergula kalau bab2 study ni. aku pun macam xpercaya jak sudah masuk sem7! bertahan jugak aku sampai sem ni..charger leppy ku seja yg setiap sem bertukar!!

minat sudah lari, minda pun rasa mengatuk jak jumpa nota2! klu p campus, ya Allah, mcm2 perasaan! mcm xmaw p! ni alasan berbunga logik dikepala ku kalau sebut pasal study & campus!

*kelas jam 8 pagi - pura2 xdengar alarm! ambil selimut, tutup suma! pura2 terbangun jam 10! alamak~ terlajak tidur! kalau time period, senggugut!

*kelas jam 10 pagi - ala, c bam2 belum makan! belum masak! apa ni? lantai rumah kotor! (rajin kunu) tiba2 aku concern dengan tingkap n sliding door rumah yg bnyk cap jari tu!

*kelas jam 12 - panas ni! uv rays, not gud for skin!

*kelas jam 2 - alah xpayah la! tengok la tv sinetron tv3 tu, lg best! ngantuk!! tidur lg bgus!

*kelas jam 4 - lg bagus aku masak tuk mlm! kesian dorg bapa, nt teda mkan!

*kelas jam 5 - balik nnt terlampau lambat! magrib, owhhh bahaya2...sangat bahaya!

pun begitu, aku masih jugak mencari minat belajar! kesian jugk kan dgn 'boss'. semua anak2 mesti ada rasa mahu balas jasa ibu bapa, so do I! aku masih berjuang. aku harap, one day minat tu akan timbul semula sebelum pengajian ku tamat di Uni ni. terfikir juga, bila suda semakin besar nnt, xkan maw jadi 'bambongan yg berjaya' kn?

kepada anak2 yg di luar sana yg masih belajar walau terpaksa, saya amat memahami mu! hahahaha
i wish we will complete our study, and make daddy proud! ;) teruskan mencari semangat belajar! yeah! kpd kawan2 yg amat memahami ku, aku minta maaf sebb selalu minta tolg kamu sign attendance ku! hehe :D
sy berjanji, nnt sy rajinkan diri.

yg sangat memerlukan semangat belajar,

eyda turaya.

Tuesday, May 8, 2012

Community Services

Pada 22 April 2012 yang lalu, saya dan rakan- rakan Bayu Force telah melengkapkan salah satu subjek wajib setiap pelajar UNITAR iaitu Khidmat Masyarakat (UKD2031). Kami telahpun memilih golongan sasaran kami  iaitu seorang warga emas yang hilang tempat bergantung, Pn Nuala dari Kg Muhibbah, Kota Marudu.

Kami memulakan perjalanan ke Kg Muhibbah, Kota Marudu seawal jam 7 setengah pagi dari Kampus UNITAR Kota Kinabalu. Perjalanan pada pagi itu diiringi hujan lebat, petir, guruh dan sedikit kabus disesetengah tempat telah memaksa kami bergerak perlahan kerana keadaan permukaan jalan raya yang tidak berapa mengizinkan kami bergerak dalam kelajuan sepatutnya.Dari satu daerah ke daerah yang telah kami lewati dan beberapa persinggahan untuk mengisi minyak juga telah dilakukan beberapa kali, akhirnya pada jam 10.20 pagi, kami berjaya sampai ke destinasi yang ingin ditujui dengan selamat, iaitu di kediaman Pn Naula, di Kg Muhibbah, Kota Marudu. 

Setelah menjejakkan kaki ke kawasan rumah tempat Pn Nuala berlindung dari hujan dan panas ini, saya secara peribadi tersentuh tatkala melihat seorang wanita separuh abad tinggal bersendirian di rumah yang saya rasakan sedikit using dan agak semak dengan lalang yang panjang di sekitar kawasan tersebut.

Seorang demi seorang naik ke atas rumah Puan Nuala termasuk saya sendiri, bersalaman dengan beliau dan mengambil kesempatan untuk beramah mesra. Ternyata wanita tua yang saya gelar ‘ina’ (nenek) ini, merupakan seorang wanita yang agak peramah dan perihatin dengan kami, kerana asyik menyuruh kami untuk berhati- hati dengan tangga rumah nyang dirasakannya tidak selamat untuk kami gunakan terlalu lama. Saya akui komunikasi antara saya dan sebahagian rakan Bayu Force agak terhad terhadap ina/, kerana bait bicaranya yang menggunakan bahasa ibundanya iaitu bajau. Namun, senyuman dan kegirangan yang dipamerkan diwajahnya merupakan bahasa yang mudah sekali difahami oleh kami semua. Ina' kelihatran sangat senang hati dan gembira, atas kedatangan kami untuk membantunya.

Kami selanjutnya memulakan langkah untuk merealisasikan tujuan kami ke rumah ina'. Kami bersama-sama membersihkan kawasan rumah ina'. Sebahagian dari ahli Bayu Force (BF)berada di bawah bersama Sir Louis, membersihkan halaman dan kawasan sekitar rumah yang didiami ina' ini. Saya dan beberapa orang ahli BF, berada dalam kawasan rumah, mengemas barang- barang, membersihkan dinding, atap, lantai dan dapur. Saya akui agak sedih melihat keaadaan rumah tersebut yang berhabuk, bersawang dan mengalami sedikit kerosakan akibat dimakan anai-anai.

Ketika kami sibuk membersih dan mengemas barang-barang ina', hati kami tersentuh melihat sebuah kotak pembungkus mainan kanak- kanak perempuan. Kami sepakat untuk tidak membuang kotak tersebut dan meletakkanya semula ke tempat asal. Sebahagian masa silamnya mungkin ada pada kotak mainan itu, penuh nostalgia..siapakah pemilikya?

Kami meneruskan kerja-kerjamenyapu dan  membersih, sehinggalah selesai. Debu-debu dan sawangan telah kami hilangkan.  Tikar getah yang usang telah kami gantikan dengan yang baharu. Tempat menjemur kain yang selama ini hanya lintangan buluh juga telah kami gantikan dengan beberapa lintagan dawai dengan simpulan yang lebih selamat, teratur dan kukuh untuk kegunaan ina'. Lantai yang rosak dan bahaya dan usang telah diperbaiki dan diganti sendiri oleh Syed Ashraf (pengerusi), dibantu oleh saya dan beberapa orang sahabat BF sendiri. Dapur yang sempit dan sedikit kotor telah diubahsuai kedudukan barang-barangnya seperti meja, oleh sahabat BF yang lain, lantai dapur juga telah dialas tikar getah, dan dibersihkan agar ina' boleh memasak dengan lebih selesa. Tinjauan saya di sekitar dapur telah menarik minat saya terhadap beberapa jenis barang yang ina' gunakan adalah kreatif dan sebahagiannya  jauh melangkau usia.

Terasa penat bekerja dan lapar, kami silih berganti berehat untuk menikamti juadah makanan tengahari kami. Ada rakan-rakan BF berkesempatan untuk menjamu selera dengan ina' di kawasan verandah rumah tersebut. Sebahagian daripada ahli BF masih bertungkus lumus di dalam rumah, untuk menyiapkan set almarin yangingin kami hadiahkan kepada ina'.

Set almari yang kami hadiahkan kepada ina' pada awalnya mengalami masalah pemasangan. Pemasangan almari tersebut memerlukan proses tertentu dengan menggunakan kayu dan skru yang betul, bantuan daripada ramai pihak untuk memegang, mengasingkan skru dan juga memberikan pasangan papan yang sesuai perlu untuk menjayakannya. Namun, benarlah kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berkat kerjasama daripada ahli BF, akhirnya set almari yang dahulunya kayu-kayu terpisah telah siap disatuakn dan dipasang. Menyedari kerja kami hamper selesai, rasa sebak sudah mula meresap, namun saya gagahi dengan senyuman yang dipotretkan beberapa kali bersama ina, Sir Louis, dan ahli- ahli BF yang lain serta kain rentang aktiviti kami.

Pada akhir aktiviti, kami menyerahkan sedikit sumbangan berupa keperluan harian seperti beras, makanan dan sabun serta ubat-ubatan sampingan seperti ubat sapu, buat kegunaan ina', sepeninggalan kami nanti. Sebak rasanya, apabila seorang demi seoranng ahli BF beralaman dan meninggalkan ina' menuju ke bas mini yang kami parkirkan dibahu jalan berhadapan rumah ina'. Saya, Marsijan, Fazreen (setiausaha), dan Pengarah menemani ina' menaiki tangga sehingga ke verandah  rumah, diperhatikan oleh Sir Louis dari bawah. Salah satu anak tangga rumah ina' patah dan perlu diperbaiki, saya yang masih belum menuruni tangga terpaksa menunggu sehingga tangga siap dibaikpulih.

Saya berasa amat sedih pada ketika ini kerana teringatkan arwah nenek yang cara berpakaianya hampir sama seperti ina', apatah lagi ina' suda beberapa kali mengesat mukanya dengan kain sentiasa tersangkut dibahunya. Tangan saya sendiri sudah beberapakali diramasnya seolah-olah berasa amat sedih dengan keberankatan kami semua. Setelah tangga selesai dibaikpulih, sekali lagi saya berkesempatan untuk bersalaman, berpelukan dan memohon maaf kepada ina', kerana tersedar banyak dosa yang kami lakukan terhadap ina' hari itu. Kasihan ina', sudah beberapa kali ina' melatah disebabkan flash kamera dan usikan kami. Dari bahu jalan, kami semua melambai-lambai kepada ina'. Kelihatan dari jauh, ina' juga membalas lambaian kami, sayu.

Hujan renyai menemani perjalanan pulang kami ke Kota Kinabalu. Penat tidak terkata, namun hati puas kerana aktiviti kemasyarakatan yang kami lakukan ini berjaya seperti yang dirancang. Syukur ke hadrat Illahi, perjalanan pulang kami selamat, dikesempatan itu juga, kami sepakat untuk makan malam bersama-sama ahli BF, di KFC, 1Borneo, kerana ini merupakan makan malam kami semua yang pertama. Setelah selesai meluangkan masa sesame ahli BF, kami menamatkan aktiviti kami dan pulang ke rumah masing- masing dengan selamat.

Hati saya masih sayu teringat ina yang kami tinggalkan.  Apa khabar agaknya ina'?
 

Wednesday, April 25, 2012

Me Love & His Family :)

Assalammualaikum & cheers dear beloved readers,. :)

Rasanya sudah sebulan setangah dari entri terakhir sy x mencarut n mengarut d blog ni,.haha :P
apa yg aku dpt explain kali ni is, my life so busy! mungkin kesedaran dlm jiwa ni berputik tuk study lagi better than before. :)

Banyak benda yg terjadi, tapi amat susah dihuraikan sebuku or bab demi bab. so, i prefer to make it like a history, so i have something for myself yg sy boleh senyum2 sendiri bila ingat time tua2 nnt! :P
well, akan ada 2 post lagi yang akan muncul lepas ni, insyallah dalam hujung bulan ni akan lengkap,. :)


Well, seperti tajuknya, postnya pun harus begitu. On 21st April baru2 ni, me berkesempatan utk berhangout sebentar dgn family me love. With Aunty Mas, well me love call another aunty as aunty mommy (Ayen's mom), Sis Daliz, and her beautiful cousin Ayen. :)

I love to hear their laugh, and seriously, this family love to talk about their pets! well i do have the same intrest, tambah2 lagi klu bab kucing2 ni! haha suddently teringat cerita dorg pasal 'Dyana' hahaha mula2 kerut2 jugak kening ni, sudah tengok, barulah semakin paham kenapa dorang ketawa besar time makan. :D

Hari tu kami breakfast di one of me n me love favorite place, 'Pancake house' di Karamunsing. Well, i would like to thanks Aunty mommy sebab spent kami,.sempat jugakla saya snap this happy family pics,. :)


Sis Daliz, Me Love, Aunty Mas, Aunty Mommy and Ayen :)




Well, lepas breakfazt, Sis, Aunty Mas n Aunty Mommy meneruskan aktiviti yg dorang sudah plan, tgok movie! :) Me, Me love and Ayen stay jap d rumahnya, then terus ke Wisma Merdeka, Ayen beli barang2 dia then kami pun stay2 di Yam Cha,.crita2 sebab kira lama jugak sy x cerita2 dengan cik shereen ni,. :)




Ayen n me love :)



The one that I call LOVE :)





Bila maghrib, me, me love n aunty mas pun balik, lenguh badan sehari beraktiviti,.well malam tu jugk sy kena prepair utk Khidmat Masyarakat yg dijalankan keesokaan harinya. Kerja Khidmat Masyarakat yang asalnya sy x berapa setuju, menjadi something yg sangat memberi erti, for my personal experience,.well, itulah title for my next post, yg mahu tahu stay tune yah,. ;)

Until next post :)


love,
Eyda Turaya.


Sunday, February 19, 2012

eyda ohh eyda!!

assalammualaikum n a very gud evening to readers.:)

argh..tired! just done with my laundry! a basket (stok seminggu)! kena admit la, aku ni bukan type2 wanita melayu terakhir, yg matahari belum kuar, sudah siap mensasah. nasib mu la dam,. :D

hemm semenjak beberapa menjak ni, my INSOMNIA gettin worst, dark circle around my eyes can tell! 2.30 am in the morning, when everybody sleep tightly and having sweet dreams,.me? suffer!! its hard to close my eyes,.org ckp 'u telampau manyak pikir ma,.' hermm mungkinlah. kena pakai timun la ni sebelum tido, mesti aply tu garnier eye roll-on, pa lagi? eye mask! heishhhh harap2 berkesan lah! mata ni mcm panda sudah.. =_=''

skrg, new sem,.kena work harder to cover my cgpa! jatuh gila! xpa, boleh usaha,. yg penting usaha (memujuk jiwa sendiri) mesti boleh punya! :) bila aku ingat sem lepas, huishh jgnla aku jadi gitu lagi! menyesal! kotoh! tp xpa, bapa aku cakap, 'menyesal tu proses utk menjadi lebih matang' ;) berikutan dengan pointer yg jatuh itu, dengan ini saya berazam untuk menghentikan sementara kegiatan yg saya suka buat dulu seperti main2 mekap, bereksperimentasi dengan pakaian, membeli barang di internet dan menyanyi sakan! menghukum diri sendiri lah kunu..bistu, bikin malu pula tu, maw kunu begaya, sekali result hancur? hahaha :P

akan tetapi,.

sejak awal bulan february, kerja aku mansau2 seja bah! buang duit! pagi sampai malam aku merayau bersuka ria mcm sakai jumpa kk! karoke mcm artis.. xkenal siang malam, wayang semua pun maw ditinguk, mcm aku jak kunu pelakonnya! heishh tidak boleh diamalkan ni! kalau tempat makan, semua pun mau di try, mcm pula aku yg pengadil master chef! huh!! sangat mengudang bahaya kepada kewangan! tapi berbeza bila aku tunggu adam dari pagi sampai mlm, aku suka duduk tgok dia kerja! sgt macho! yawwww...hehehe dr CP tu buka, sampailah tutup! minum share tea, sambil main2 mata dgn adam,. (tersipu2 kunu) :D

apa ertinya tu? ertinya,.bila aku stop buat benda yg aku suka, aku buat hobi baru!! operasi gagal! =_=''

pa la maw jadi sma kw ni eyda?..eyda ohh eyda!!


xoxo,
Eyda Turaya.

Wednesday, February 1, 2012

a good start

Assalammualaikum.

Hey dolls..Its 2012 already! Seriously, out dated!! Ya2 i know! Look at the dust around this blog! Fuhh..fuhh..kepul2 terbang! Besawang!! Hehe oleh kerana itu, semua sampah 2011 dah masuk kitar semula! Hehe tu pasal la kosong sgt blog ni! Hehe :D

Penghujung tahun 2011 & awal 2012 ni bnyk yang nak dicerrr kn, tp, ala..mlas la, penat menyapu, buang sampah dlm blog ni, mop2 lagi, smpi dia jadi putih bgini! :P..hehe tp as summary boleh la di kelasifikasikan sebagai, best!! ingat hari time berkaroke tidak terhingga dengan geng2 lama! Then birthday celeb yg kmi buat di Tg. Aru! Best!! Habis kulit taned!! Maka, burn!! :P harap2 semuanya akan terus indah dan berkekalan, amin. :)

hehe owh ya, another *sweet moment! 'tgok movie hantu dgn adam,' well, u guys know him right?  Hehe *senyum2 sendiri! – blush!  *kembali serius! –muka ngetat.  mw pujuk dia tgok cita antu ni, susah ckit! hehe..
kami tengok ‘sumpahan kum kum’! hehe not bad! Salute lah dengan director! sampai jak d rumah, jantung ni dug dup, dug dup,.major stay luar, ingat maw kena 'tiao!' rupanya cam besa 'besigup!'..tanya2 adam psal keta baru dia *bongga adam. Aku biar jak dorang berkasih sayang di luar tu. Pastu, aku lari *selaju cheetah!! Hemm AJL la, pa lagi! Tengah sampai tu si Faizal Tahir tengah membakar! Hehe congrates la dgn hafiz! awan nano mmg soul! (kalau 'congrates' aku ni makanan, komformnya jadi baja kompos) :P

wah,.kira artifak jugk blog aku ni! Last update lepas raya last yer?? OMK!! Patutla besarang labah2! Hehe kepada geng2 blogger, readers n manataw ada yg sudi maw follow lagi, dipersilakan,.hehe insyallah, tahun ni aku rajin update ya,. ;) di sini, nak say congrates dgn sis wafiney! Blog dah launch,.selamat berblogging sis,. ;)


okeh la, penat dah ni, lenguh otot- otot ni membersihkan wilayah blog aku ni! :P maghrib sudah! Insyallah, blog saya ni nanti akan bermanfaat kepada anda semua,.so, wait for other post, okeh?.,chiauuuuu


XOXO,
Eyda. N



*ekspresi mungkin berbeza pada setiap individu. :P