Pada 22 April 2012 yang lalu, saya dan
rakan- rakan Bayu Force telah melengkapkan salah satu subjek wajib setiap
pelajar UNITAR iaitu Khidmat Masyarakat (UKD2031). Kami telahpun memilih
golongan sasaran kami iaitu seorang warga
emas yang hilang tempat bergantung, Pn Nuala dari Kg Muhibbah, Kota Marudu.
Kami memulakan perjalanan ke Kg Muhibbah, Kota Marudu seawal jam 7 setengah pagi dari Kampus UNITAR Kota Kinabalu. Perjalanan pada pagi itu diiringi hujan lebat, petir, guruh dan sedikit kabus disesetengah tempat telah memaksa kami bergerak perlahan kerana keadaan permukaan jalan raya yang tidak berapa mengizinkan kami bergerak dalam kelajuan sepatutnya.Dari satu daerah ke daerah yang telah kami lewati dan beberapa persinggahan untuk mengisi minyak juga telah dilakukan beberapa kali, akhirnya pada jam 10.20 pagi, kami berjaya sampai ke destinasi yang ingin ditujui dengan selamat, iaitu di kediaman Pn Naula, di Kg Muhibbah, Kota Marudu.
Kami memulakan perjalanan ke Kg Muhibbah, Kota Marudu seawal jam 7 setengah pagi dari Kampus UNITAR Kota Kinabalu. Perjalanan pada pagi itu diiringi hujan lebat, petir, guruh dan sedikit kabus disesetengah tempat telah memaksa kami bergerak perlahan kerana keadaan permukaan jalan raya yang tidak berapa mengizinkan kami bergerak dalam kelajuan sepatutnya.Dari satu daerah ke daerah yang telah kami lewati dan beberapa persinggahan untuk mengisi minyak juga telah dilakukan beberapa kali, akhirnya pada jam 10.20 pagi, kami berjaya sampai ke destinasi yang ingin ditujui dengan selamat, iaitu di kediaman Pn Naula, di Kg Muhibbah, Kota Marudu.
Setelah menjejakkan kaki ke kawasan rumah tempat Pn Nuala berlindung dari hujan dan panas ini, saya secara peribadi tersentuh tatkala melihat seorang wanita separuh abad tinggal bersendirian di rumah yang saya rasakan sedikit using dan agak semak dengan lalang yang panjang di sekitar kawasan tersebut.
Seorang demi seorang naik ke atas rumah Puan Nuala termasuk saya sendiri, bersalaman dengan beliau dan mengambil kesempatan untuk beramah mesra. Ternyata wanita tua yang saya gelar ‘ina’ (nenek) ini, merupakan seorang wanita yang agak peramah dan perihatin dengan kami, kerana asyik menyuruh kami untuk berhati- hati dengan tangga rumah nyang dirasakannya tidak selamat untuk kami gunakan terlalu lama. Saya akui komunikasi antara saya dan sebahagian rakan Bayu Force agak terhad terhadap ina/, kerana bait bicaranya yang menggunakan bahasa ibundanya iaitu bajau. Namun, senyuman dan kegirangan yang dipamerkan diwajahnya merupakan bahasa yang mudah sekali difahami oleh kami semua. Ina' kelihatran sangat senang hati dan gembira, atas kedatangan kami untuk membantunya.
Kami selanjutnya memulakan langkah untuk merealisasikan tujuan kami ke rumah ina'. Kami bersama-sama membersihkan kawasan rumah ina'. Sebahagian dari ahli Bayu Force (BF)berada di bawah bersama Sir Louis, membersihkan halaman dan kawasan sekitar rumah yang didiami ina' ini. Saya dan beberapa orang ahli BF, berada dalam kawasan rumah, mengemas barang- barang, membersihkan dinding, atap, lantai dan dapur. Saya akui agak sedih melihat keaadaan rumah tersebut yang berhabuk, bersawang dan mengalami sedikit kerosakan akibat dimakan anai-anai.
Ketika kami sibuk membersih dan mengemas barang-barang ina', hati kami tersentuh melihat sebuah kotak pembungkus mainan kanak- kanak perempuan. Kami sepakat untuk tidak membuang kotak tersebut dan meletakkanya semula ke tempat asal. Sebahagian masa silamnya mungkin ada pada kotak mainan itu, penuh nostalgia..siapakah pemilikya?
Kami meneruskan kerja-kerjamenyapu dan membersih, sehinggalah selesai. Debu-debu dan
sawangan telah kami hilangkan. Tikar
getah yang usang telah kami gantikan dengan yang baharu. Tempat menjemur kain
yang selama ini hanya lintangan buluh juga telah kami gantikan dengan beberapa
lintagan dawai dengan simpulan yang lebih selamat, teratur dan kukuh untuk
kegunaan ina'. Lantai yang rosak dan bahaya dan usang telah diperbaiki dan
diganti sendiri oleh Syed Ashraf (pengerusi), dibantu oleh saya dan beberapa
orang sahabat BF sendiri. Dapur yang sempit dan sedikit kotor telah diubahsuai
kedudukan barang-barangnya seperti meja, oleh sahabat BF yang lain, lantai
dapur juga telah dialas tikar getah, dan dibersihkan agar ina' boleh memasak
dengan lebih selesa. Tinjauan saya di sekitar dapur telah menarik minat saya
terhadap beberapa jenis barang yang ina' gunakan adalah kreatif dan
sebahagiannya jauh melangkau usia.
Terasa penat bekerja dan lapar, kami silih
berganti berehat untuk menikamti juadah makanan tengahari kami. Ada rakan-rakan
BF berkesempatan untuk menjamu selera dengan ina' di kawasan verandah rumah
tersebut. Sebahagian daripada ahli BF masih bertungkus lumus di dalam rumah,
untuk menyiapkan set almarin yangingin kami hadiahkan kepada ina'.
Set almari yang kami hadiahkan kepada ina'
pada awalnya mengalami masalah pemasangan. Pemasangan almari tersebut
memerlukan proses tertentu dengan menggunakan kayu dan skru yang betul, bantuan
daripada ramai pihak untuk memegang, mengasingkan skru dan juga memberikan
pasangan papan yang sesuai perlu untuk menjayakannya. Namun, benarlah kata
pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Berkat kerjasama daripada
ahli BF, akhirnya set almari yang dahulunya kayu-kayu terpisah telah siap
disatuakn dan dipasang. Menyedari kerja kami hamper selesai, rasa sebak sudah
mula meresap, namun saya gagahi dengan senyuman yang dipotretkan beberapa kali
bersama ina, Sir Louis, dan ahli- ahli BF yang lain serta kain rentang aktiviti
kami.
Pada akhir aktiviti, kami menyerahkan
sedikit sumbangan berupa keperluan harian seperti beras, makanan dan sabun
serta ubat-ubatan sampingan seperti ubat sapu, buat kegunaan ina', sepeninggalan
kami nanti. Sebak rasanya, apabila seorang demi seoranng ahli BF beralaman dan
meninggalkan ina' menuju ke bas mini yang kami parkirkan dibahu jalan berhadapan
rumah ina'. Saya, Marsijan, Fazreen (setiausaha), dan Pengarah menemani ina'
menaiki tangga sehingga ke verandah rumah,
diperhatikan oleh Sir Louis dari bawah. Salah satu anak tangga rumah ina' patah
dan perlu diperbaiki, saya yang masih belum menuruni tangga terpaksa menunggu
sehingga tangga siap dibaikpulih.
Saya berasa amat sedih pada ketika ini
kerana teringatkan arwah nenek yang cara berpakaianya hampir sama seperti ina',
apatah lagi ina' suda beberapa kali mengesat mukanya dengan kain sentiasa
tersangkut dibahunya. Tangan saya sendiri sudah beberapakali diramasnya
seolah-olah berasa amat sedih dengan keberankatan kami semua. Setelah tangga
selesai dibaikpulih, sekali lagi saya berkesempatan untuk bersalaman,
berpelukan dan memohon maaf kepada ina', kerana tersedar banyak dosa yang kami
lakukan terhadap ina' hari itu. Kasihan ina', sudah beberapa kali ina' melatah
disebabkan flash kamera dan usikan kami. Dari bahu jalan, kami semua
melambai-lambai kepada ina'. Kelihatan dari jauh, ina' juga membalas lambaian
kami, sayu.
Hujan renyai menemani perjalanan pulang
kami ke Kota Kinabalu. Penat tidak terkata, namun hati puas kerana aktiviti
kemasyarakatan yang kami lakukan ini berjaya seperti yang dirancang. Syukur ke
hadrat Illahi, perjalanan pulang kami selamat, dikesempatan itu juga, kami
sepakat untuk makan malam bersama-sama ahli BF, di KFC, 1Borneo, kerana ini
merupakan makan malam kami semua yang pertama. Setelah selesai meluangkan masa
sesame ahli BF, kami menamatkan aktiviti kami dan pulang ke rumah masing-
masing dengan selamat.
Hati saya masih sayu teringat ina yang kami
tinggalkan. Apa khabar agaknya ina'?